.

Live TV Warta Rakyat

12 February 2012

"Saya takut badan saya tumbuh sayap"-peserta #AmanKampus

"Saya takut takut badan saya tumbuh sayap",kata salah seorang peserta Aman Kampus dengan sinis apabila kebenaran mengenai Lynas sudah mereka temui.Sebelum ini kita dimomokkan oleh pihak-pihak tertentu kononnya Lynas ini menyebarkan radiasi yang berbahaya kepada manusia.

sebarang maklumat Linas boleh diperolehi terus dari Akademi Menara Gading Balok
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T yang masih memberikan saya kekuatan untuk meneruskan usaha membuat liputan Aman Kampus kepada rakan media alam siber ini. Hari ini, 11 Januari 2012 telah masuk hari ke-6 program Aman Kampus 'Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat' dilaksanakan.





Program pada pagi ini dimulakan dengan Lawatan ke Akademik Menara Gading Balok yang mana sebuah agensi yang akan memberi makluman kepada umum tentang program Lynas, Melatih Kakitangan Lynas dan juga agensi ini akan memberikan bantuan kepada pelajar miskin yang dirasakan layak untuk dibantu. Kumpulan Mahasiswa Aman Kampus telah diberi penerangan tentang betapa pentingnya Lynas dan menjelaskan kepada mahasiswa pgambaran yang sebenarnya tentang Lynas. Saya mengharapkan mana-mana pihak yang masih kabur untuk mendapatkan maklumat terntang Lynas perlu membuat permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang Lynas Akademik Menara Gading ini.





Penjelasan tentang Lynas tadi telah disampaikan oleh:
Syed Lokman Fitri B. Syed Ali (area supretendant)
Razmin B. Ramli (area supretendant)
Shamuddin B. Musa (Senior Manager Supply Chain)




Untuk makluman semua, kawasan ini masih dibawah pengawasan Kontraktor UGL (Australia). Lynas belum mengambil alih kerana kawasan ini masih dalam proses pembinaan. Di sini saya ingin kongsikan beberapa jawapan pihak Linas tentang tuduhan yang salah terhadap Lynas. Maklumat ini saya dapat semasa sesi penerangan oleh 3 orang pegawai Lynas tadi:


1) Apakah itu nadir Bumi?
Jawapannya : Nadir Bumi boleh didapati diseluruh dunia tetapi nadir bumi sangat sukar untuk didapati dalam kuantiti yang banyak dan mudah diakses. Nadir bumi biasanya sukat diekstrak dan sesebuah projek boleh mengambil masa bertahun-tahun, malah berdekad-dekad untuk dimajukan. Nadir bumi penting untuk teknologi hijau yang efesyen seperti kenderaan hidbrid, penjanaan kuasa angin, pencahayaan menggunakan tenaga yang rendah dan paparan skrin rata yang efisen.


2) Apakah standard yang digunakan oleh LAMP?
Jawapannya : LAMP menggunakan standard antarabangsa, dan kami telah mengesahkan dan menggunapakai sepenuhnya standard ini sejak dari mula lagi. LAMP memenuhi peraturan-peraturan kesihatan, keselamatan dan persekitaran yang antara terketat di dunia.


3) Mengapa membina sebuah loji pemprosesan di Malaysia dan tidak di Australia?
Jawapannya : Linas telah membuka perniagaa di Malaysia atas sebab-sebab ekonomi. Gebeng mempunyai sebuah tanaman perindustrian yang telah mantap dan ditetapkan dengan akses kepada kemudahan perlaburan yang baik, bahan kimia bergred tinggi, bekalan kuasa dan utiliti yang boleh dipercayai serta infrastruktur yang sungguh baik. Linas memenuhi semua peraturan dan telah mendapat kelulusan untuk membina sebuah logi pemprosesan di Australia, tetapi telah memilih Malaysia kerana ia memudahkan kami berhubung dengan pelanggan-pelanggan global kami.


4) Adakah pekatan nadir bumi Lynas radioaktif? 

Jawapannya : Elemen-elemen nadir bumi secara sendirinya tiada radioaktif. Pekatan mineral tersebut mengandungi bahan radioaktif semualajadi pada aras yang rendah. Pekatan mineral mengandungi bahan radioaktif semula jadi kerap diangkut ke merata dunia untuk diproses. Oleh kerana pekatan mineral yang digunakan oleh LAMP mempunyai tahap radiasi yang rendah, ia diklasifikasikan sebagai selamat, tiada toksik serta tidak berbahaya oleh semua standard antarabangsa. 



5) Bagaimanapula dengan sisanya? 

Jawapannya : Salah satu daripada sisa LAMP mengandungi asas torium yang sangat rendah. Lynas tidak mengekstrak atau memekatkan Torium tersebut, maka tahap radiasi yang rendah masih berkekalan – dari bahan mentah sehinggalah ke proses pengankutan, pemprosesan dan sisa. 



6) Adakah LAMP sama seperti logi nadir bumi di Bukit Merah? 

Jawapannya : LAMP adalh berbeza sama sekali daripada logi nadir bumi di Bukit Merah. Logi di Bukit Merah memproses Monazit daripada sisa lombong timah yang sangat berbeza daripada nadir bumi yang kami proses. Buat masa ini terdapat standard yang lebih ketat dikuatkuasakan dan ini tiak memungkinkan kes Bukit Merah berulang. 



7) Bagaimana pula dengan radiasinya? 

Jawapannya : walaupun radiasi aras rendah adalah sebahagian daripada kehidupan kita, namun kami memahami kebimbangan saudara dan mempunyai proses yang ketat untuk mengehadkan sebarang dedahan. Untuk pengetahuan anda, kehidupan seharian kita juga terdedah daripada radiasi aras rendah yang berpunca daripada cahaya matahari dan peralatan seperti televisyen , radio, telefon mudah alih , computer dan cahaya mentol, dan daripada prosedur-prosedur perubatan yang asas. Pendedahan kepada nadir bumi kami tidak memberi risiko yang melebihi daripada apa yang diterima seharian.







Selepas mendengar penerangan daripada pihak Akademik Menara Gading Balok, Peserta Aman Kampus dibawa masuk ke kilang Linas yang sedang dalam pembangunan. Walau bagaimanapun kami tidak dibenarkan membawa kereta persendirian. Pihak Linas hanya membenarkan bas sahaja dan dibawa bersiar didalam bas. Kami tidak dibenarkan turun di kawasan projek pembangunan kerana ianya dibawah kelolaan kontraktor dan pihak Linas tidak mempunyai hak untuk membenarkan kami melawat dari dekat. 


Sebaik sahaja sesi lawatan ke Linas tamat, Aman Kampus bergerak ke Felda Sungai Pancing Selatan untuk Majlis perasmian Aman Kampus peringkat negeri Pahang. Antara tetamu VIP yang hadir pada majlis tersebut ialah: 



YB Dato’ Hj. Abd. Manan B. Ismail 
Ahli Parlimen Paya Besar 

YB En. Mohd Zaili B. Hj. Besar 
ADUN Pancing 

Yang Bahagia En. Shahrir Abdullah 
SU Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia Negeri Pahang 

En. Shahar Abdullah 
Presiden Alumni ASPIRASI


*Selepas upaca perasmian Aman Kampus Peringkat negeri Pahang, semua peserta Aman Kampus menuju ke negeri Terengganu!!!


P/S : Kini sudah jelas persoalan ini.Jom layan video mengarut ni dlu.Hampeh punya video

(kalau tak pandai,jangan memperbodohkan diri sendiri leh tak?)

1 comments:

  1. Brader Jai, itu hari kami siap jalan dalam hujan lagi dekat site projek tu. Takut jugak hujan radiasi. Hahaha

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM