.

Live TV Warta Rakyat

3 February 2012

PAS BUKAN PARTI ISLAM? SIRI 2

Bersambung dari siri pertama..Baca dengan mata hati...

Kewujudan PAS sebagai senjata British memecah-belahkan perpaduan Melayu dan Umat Islam

Fahamlah kita bila British dengan senang hati meluluskan pendaftaran parti PAS,ertinya  British redha untuk PAS bergerak sebagai sebauh parti politik dan bukan sebagai agama atau jemaah Islam.Kerana dengan cara itu PAS mudah diperalatkan untuk memecah-belahkan umat Melayu dan umat Islam.

titik permulaan perpecahan dalam pucuk pimpinan Melayu ialah apabila Tuan Haji Ahmad Fuad telah keluar UMNO dan menubuhkan PAS.Dari situ bermulanya perpecahan umat Melayu dan Islam.British amat arif hal ini,lalu melauluskan pendaftaran PAs untuk dijadikan sebuah parti pembangkang agar mereka (PAS) memainkan isu-isu agama untuk menimbulkan persengketaan dan melemahkan perpaduan serta menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Terbukti hal itu menjadi kenyataan,sejak merdeka hingga sekarang ini,PAS tidak pernah berjaya memerintah Malaysia dan tidak pernah berjaya menegakkan hukum hakam Islam,tetapi berjaya mencetuskan perpecahan dalam masyarakat Islam dengan fatwa kafir mengkafir,kutuk mengutuk,sindir menyindir,permusuhan terhadap sesama Islam dalam UMNO dan BN,menolak perpaduan dengan sesama Islam (UMNO) dan lain-lain.PAS terus menerus bermusuh dengan orang UMNO seperti memusuhi 'kafir harbi',menuduh sebagai jahiliyah,mendoa kehancuran terhadap pemimpin negara yang dilantik secara sah di segi Islam dan perlembagaan negara dan juga masih melakukan solat.

Sikap inilah yang amat disukai oleh penjajah (Yahudi dan Nasrani serta kuasa Barat dan Amerika),kerana boleh membawa perpecahan dalam masyarakat Islam sendiri,lalu umat Islam dan bangsa Melayu menjadi lemah.Kelak kuasa lain akan mudah untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara,sama ada yang berada di luar atau berada di dlam negara sendiri.

Bila rakyat sedar umat Melayu dan Islam sedang berpecah,lalu timbul cadangan agar PAS bersatu dengan UMNO demi kesejahteraan bangsa Melayu dan umat Islam,pada asalnya macam kelihatan bersetuju,tetapi setelah dihasut oleh pihak tertentu,terutama rakan dalam Pakatan Rakyat,lalu PAS membuat pelbagai andaian politik dam sangkaan butuk sehingga niat baik itu gagal,Tetapi bila diajak bersatu dan bergabung dengan parti bukan Islam dan parti tidak tentu matlamat (Islam atau Tidak Islam) seperti DAP dan PKR,PAS dengan senang hati menerima dan memberi pelbagai alasan serta mengemukakan pelbagai dalil untuk mengharuskan "tahaluf" (kerjasama) dengan DAP dan PKR.

Lantaran itu pada 2002 Datuk Seri Haji Abdul Hadi mengeluarkan fatwa dalam bukunya Amanat Haji Hadi,pada halaman 8 ; "...diharuskan bertahaluf dengan bukan ISlam yang bersikap baik".Fatwa itu dikeluarkan semata-mata hendak mengharuskan PAS bersatu dalam Pakatan Rakyat dengan parti-parti yang tidak jauh perbezaan dasarnya dengan parti-parti dalam komponen Barisan Nasional.

Demikian juga sewaktu PAs mempunyai kepentingan untuk menyertai kerajaan campuran tahun 1973-1977 dalam buku "SIKAP SAYA" tulisan Tuan guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,terbitan 15.12.1977 oleh Perhubungan PAS Kelantan,pada halaman 3,memetik fatwa Dewan Ulamak PAS Pusat mengenai bekerjasama dengan Perikatan tahun 1973 sebagaimana berikut ; "Mengenai Kerajaan campuran adalah harus dan ditarjih oleh kongres".Sebab itulah PAS menyertai Barisan Nasional sejak tahun 1973-1977.

(keratan akhbar lama kenyataan pemimpin PAS,Nik Aziz)

PEndapat ini dikemukakan bertujuan untuk menghalalkan percampuran dengan komponen Perikatan,sehingga setelah itu membentuk Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973,kerana dengan menyertai BN mereka mengharapkan dapat jawatan menteri,timbalan menteri,setiausaha parlimen dan lain-lain faedah daripada kerajaan.

Setelah PAS keluar daripada BN tahun 1977,timbul semula pelbagai tuduhan dan fitnah,seperti kafir mengkafir,toghut dan lain-lain terhadap UMNO kononnya kerana UMNO berkongsi kuasa dengan parti-parti bukan Islam.

Bersambung....


Imbas kembali...

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM