Live TV Warta Rakyat

8 February 2012

#AmanKampus : Badariah bawa suara siswi


Saudari Badriah - wakil Aman Kampus 


Bertempat di Rumah Media Melaka, Kelab Chedet bersama ASPIRASI dan GPMS menganjurkan PENTAS ANAK MUDA dalam siri Jelajah Aman Kampus.

Badariah, wakil Aman Kampus membicarakan peranan Belia & Mahasiswa kepada masyarakat. Antara tanggungjawab mahasiswa adalah turun padang untuk mempromosikan pendidikan sepanjang hayat kepada golongan yang lebih muda.

Beliau sarankan Mahasiswa supaya menjadi ikon kepada masyarakat terutamanya adik-adik yang masih bersekolah. Bantu mereka dengan menyalurkan maklumat supaya mereka boleh merancang masa depan yang lebih baik.


Saudara Saufi - YDP GPMS UteM 


Exco Kelab Chedet berbicara mengenai Dinar Emas 




Sudah dua hari berlangsungnya Kembara Aman Kampus dan hari ini merupakan hari ke-3. Apa yang menarik mengenai Kembara Aman Kampus adalah para mahasiswa yang mengikuti kembara 14 hari ini tidak mengetahui apakah aktiviti yang akan mereka lakukan keesokkan harinya.


Pihak urusetia tidak memaklumkan setiap aktiviti yang bakal dilakukan sebaliknya para mahasiswa yang terlibat hanya mengetahui aktiviti mereka hanya beberapa jam sebelum aktiviti tersebut dijalankan.


Video dua hari Kembara Aman Kampus akan dimuat-naik pada jam 8.00 pagi di blog 1-PELURU - IKUTI LAPORAN DI BLOG-BLOG LAIN YANG TURUT MEMBUAT LIPUTAN KEMBARA AMAN KAMPUS :



Laporan oleh blog YuseriYusoff

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM