.

Live TV Warta Rakyat

26 January 2012

Soal Jawab Hassan Ali : Komen ringkas daripada Brader Jai



Kemunculan Dr Hassan Ali di media-media elektronik sememangnya sangat ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira yang menyokong kerajaan,pembangkang mahupun golongan atas pagar.

Pada pihak pembangkang terutamanya PAS sendiri,mungkin mereka tertunggu-tunggu apakah setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Hassan Ali mampu menggugat sokongan terhadap mereka-di pihak kerajaan juga tertunggu adakah setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Hassan Ali mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk terus bermain isu ini.

Namun dalam program soal jawab ini,Dr Hassan Ali banyak memfokuskan mengenai kewujudan "Third Force" dalam sistem politik tanah air.Beliau juga ditanya adakah mereka yang berada di dalam kelompok third force akan mengadakan satu pakatan sempena PRU 13 yang akan datang.Semua adalah bergantung kepada keadaan.

Namun apa yang menarik perhatian brader ialah third force ini pada pandangan brader semakin kuat selepas pemecatan Dr Hassan Ali dari PAS.Ya benar,sebelum ini sememangnya sudah ada third force seperti ini namun kali ini brader melihat satu aura yang agak berbeza mungkin kerana Hassan Ali ialah satu nama yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air dan pemecatannya dari PAS telah mengundang seribu satu kontroversi yang pastinya akan mencalarkan imej PAS.Pastinya sedar atau tidak,pengaruh Hassan Ali ini mampu memberikan undi protes terhadap PAS.Yang pasti Hassan Ali mempunyai pengikutnya tersendiri yang  mampu menggugat PAS

Namun kewujudan third force ini tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada kerajaan pemerintah kerana kewujudan mereka ini sepatutnya diambil daripada sudut positif.Bagaimana sudut positif itu dapat terhasil ialah dengan menjadikan mereka sebagai 'saingan' yang mampu menjadikan jentera kerajaan lebih berusaha berkhidmat kepada rakyat dan membuat sehabis baik.Mereka cuba memberi yang terbaik untu rakyat dan anda juga cuba memberi yang terbaik untuk rakyat,maka hasilnya rakyat juga akan mendapat faedah.Beginilah politik matang.Tidak berusaha mensabotaj dan dengki akan sesuatu usaha daripada pihak lain sebaliknya menggunakan usaha pihak terbabit sebagai insiprasi untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Berbalik kepada peranan third foce dalam landskap politik tanah air.Kewujudan entiti third force yang dilihat kuat ini adalah bergantung kepada personaliti bersih pendukung-pendukungnya.Individu seperti Hassan Ali bagi pandangan umum masyarakat tidak mempunyai masalah apatah lagi beliau dilihat sebagai perjuang bagi menegakkan apa yang disebutkan sebagai perjuangan Islam Melayu dan Raja (IMR) yang merupakan tonggak kepada pembentukan negara bangsa di Malaysia.Masyarakat yang berada di kelompok atas pagar melihat kuasa third force ini sebagai satu alternatif kepada persaingan politik yang hebat antara pihak kerajaan dan pembangkan.Pada pandangan brader,alternatif ini dipilih dan dibina diatas persepsi bahawa politik Malaysia sudah kotor dan perlu ada satu kuasa yang neutral sebagai satu 'pilihan selamat' kepada pengundi-pengundi diatas pagar bagi menentukan corak politik Malaysia pada masa akan datang.

Kesimpulannya,pembangkang terutamanya PAS jangan memandang rendah kepada third foce ini lebih-lebih lagi tonggak-tonggak utamanya adalah terdiri daripada mereka yang selama ini banyak membantu PAS semasa dalam usaha menawan Selangor.Juga kepada pihak kerajaan,usah berasa selesa dengan keadaan politik sekarang yang lebih banyak mendedahkan kelemahan-kelemahan PAS dalam pentadbiran dan terus berusaha mendukung amanah rakyat dan dibantu oleh third foce ini secara tidak langsung-Brader Jai


9 comments:

  1. Pasal tu gua gelar dia Brader Hasan Ali (The Dragon) sempena tahun baru cina ni..

    wubra.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudara,saya akan linkkan blog saudara di blog saya

    ReplyDelete
  3. cool bro... nnt gua up esok!

    ReplyDelete
  4. salam bro, blog ini sudah dipaut

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbesar hati menerima kunjungan daripada blogger azli shukri

      Delete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM