.

Live TV Warta Rakyat

27 February 2013

Sorry BN,ini ialah kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor yg tak boleh dinafikan! #ManifestoBukanJanji

SEJAK mengambil alih Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah serius dalam menunaikan janji-janji dalam manifestonya.

Apabila Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang pertama sekali tampil mempersoalkan janji-janji yang dimungkiri kerajaan negeri serta memulakan tindakan saman, keprihatinan NGO itu disambut remeh pula oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah, Abdul Khalid mencabar pula sesiapa sahaja termasuk GPRS menyaman kerajaan negerinya. Lebih teruk lagi, boleh dijawabnya: "Manifesto itu bukan janji."

Membangkitkan isu ini, Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan mengingatkan Abdul Khalid supaya jangan bertindak seolah-olah mahu berperang dengan NGO dan rakyat Selangor yang mempersoalkan kejujurannya.

"Jangan cuba kelirukan rakyat Selangor. Jangan asyik berpolitik sepanjang masa. Saya percaya pelbagai kumpulan rakyat sudah buka mata dengan melihat tembelang kerajaan PKR memerintah Selangor.

"Mereka ini kumpulan silence majority yang memberontak dan tak meluahkannya kepada media. Tetapi mereka inilah yang akan beri satu pengajaran berguna kepada kerajaan negeri yang berjanji kosong ini pada pilihan raya umum nanti," kata Sohaimi kepada Utusan Malaysia Jumaat lalu.

Sohaimi, 44, menggariskan isu-isu berikut yang menyaksikan kegagalan pentadbiran kerajaan PKR atau pakatan pembangkang Selangor dari 2008 hingga hari ini.

1. ISU PASIR

- Kerajaan PKR Selangor gagal menunaikan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009.

* Janji sasaran kutipan RM150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan Bajet 2009 Menteri Besar.

* Namun ketika bentang Bajet 2010 pada November 2009, Abdul Khalid menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperoleh hanya RM4,678,021.84.

* Ini hanya 3 peratus sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.

2. ISU HUTANG TALAM

- Kerajaan Selangor tidak beretika kerana 'membeli' hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan/duit rakyat.

* Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli hutang Talam Corp.

* Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan/'duit rakyat' untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.

* Strategi pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu "syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain dan pada masa sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama"

* Memetik kata-kata mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai: "Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak penyangak di dalam sektor korporat".

3. YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)

- Kerajaan negeri berdendam, berniat jahat, zalim dan menindas organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan di Selangor

* Abdul Khalid menggugut untuk tidak meluluskan Pembangunan Kampus Cawangan UiTM di Serendah jika permintaan melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi dan memberi tiga kerusi Lembaga Pemegang Amanah tidak dipenuhi.

* Akibat penolakan itu, Menteri Besar menyalahgunakan kuasa dengan merampas aset tanah YBK dan memulangkan bayaran tunggakan cukai RM5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor sebelumnya.

* Tindakan ini nyata luar biasa, zalim dan tiada berbudi bicara kerana Akta Kanun Tanah Negara membenarkan 4 pihak termasuk bukan pemilik tanah untuk membayar apa-apa cukai bagi pihak pemilik tanah.

* Keseluruhan jumlah cukai dipulangkan RM6.9 juta (RM 5.7 juta + RM 1.2 juta) RM 1.2 juta adalah cukai yang telah dibayar dan diterima oleh kerajaan negeri sebelum ini.

* Ini adalah salah guna kuasa dan menyalahi amanah kerana sebagai sebuah kerajaan. Mengutip cukai adalah tanggungjawab dan cukai yang telah dikutip adalah wang rakyat. Kenapa ia dipulangkan sedangkan ia boleh digunakan untuk manfaat rakyat.

4. ISU AGAMA

i) Penggunaan Dana Islam Untuk Pembangunan.

* Abdul Khalid ada mengusulkan agar wang zakat atau tabung seumpama Baitulmal digunakan bagi tujuan pentadbiran dan pembangunan negeri kerana kerajaan kekurangan dana.

* Kata beliau di persidangan DUN: "Semua rakyat Selangor membayar cukai …membayar zakat baitulmal perniagaan. Yang dikhaskan dalam satu baitulmal. Satu baitulmal…yang mana dimasuk…. Dan duit tu..akan 100% diamanahkan untuk pembangunan..negeri Selangor."

* Dalam konteks zaman kegemilangan Islam dahulu, dana baitulmal memang digunakan untuk pelbagai tujuan pentadbiran dan pembangunan di mana bukan Islam turut membayar dalam bentuk cukai kepala.

* Tetapi Baitulmal dalam konteks sekarang adalah dana umat Islam sahaja.

ii) Duit Zakat Untuk Bukan Islam?

* Dalam persidangan DUN 2008, Dr. Mohd Nasir Hashim, wakil Kota Damansara ada mengusulkan agar wang zakat diagih kepada orang bukan Islam. Katanya - "Kita dapat banyak duit zakat. Adakah peruntukan untuk memberi mereka yang bukan Islam, yang miskin kerana mereka juga adalah makhluk Allah juga. Kerana kalau duit banyak tu kita share sikitlah".

* Ini menunjukkan ketidakfahaman seorang pemimpin Melayu yang seharusnya tahu wang zakat hanya untuk orang Islam dalam lingkungan asnaf yang lapan.

5. ISU EKONOMI /KEWANGAN

a. Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Tidak Realistik

* Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta

* Jumlah pelaburan itu tinggal anggaran dan lima inisiatif tersebut tinggal perancangan tanpa ada kepastian bagaimana kerajaan negeri hendak mencapainya kerana sehingga kini tidak ada sebarang angka yang pasti berapa jumlah wang yang sudah dapat.

b. Kerajaan negeri wujudkan Monopoli Dalam Industri Pasir

* Pewujudan syarikat tunggal Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) menguruskan pasir dari tanah-tanah kerajaan menjadi KSSB tidak kompetitif, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.

* KSSB tidak takut hilang perniagaan kerana mereka tidak mempunyai pesaing dalam industri ini.

* Lebih memburukkan, KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu dibuat oleh pejabat tanah daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ini lebih mendedahkan pada amalan rasuah dan penyelewengan

c. 'Industri Babi' Hadiah Pertama Untuk Rakyat Selangor

* Baharu sahaja berkuasa, kerajaan PKR Selangor melalui Teresa Kok mengumumkan kelulusan pembinaan kandang babi moden dengan bajet RM100 juta.

l Ia menjadi hadiah pertama mereka untuk rakyat.

6. ISU SAMPAH

1. Bukti jelas kerajaan pakatan Selangor gagal mengurus negeri dengan baik. Mereka menamatkan khidmat Alam Flora dan menyerahkan kepada PBT kononnya bagi menjimatkan kos. Namun, hakikatnya yang berlaku hari ini Selangor menjadi negeri 'Darul Sampah'.

2. Perlu diingat bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat. PBT dan Kerajaan negeri Selangor menerima peruntukan melebihi RM500 juta setiap tahun. Jumlah tersebut cukup banyak dan peluang pakatan pembangkang untuk menukar peruntukan tersebut sebagai dana pilihan raya dan aktiviti Pakatan di Selangor sangat besar.

7. ISU PERIBADI

* Exco Selangor Tidak Bermoral?

* Selangor gempar dengan penyebaran gambar-gambar lucah melibatkan EXCO Selangor, Elizabeth Wong di internet.

• Walaup telah menghantar surat untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan EXCO Selangor sebagai tanda orang bersalah, namun diminta oleh parti agar berehat dan berfikir kembali. Alasannya - hak dan ruang peribadi beliau telah dicerobohi.

• Akhirnya beliau kembali bertugas atas sokongan rakan. Nampaknya persoalan moral dipinggirkan oleh mereka di mana kuasa mengatasi segala-galanya.

8. ISU RUMAH URUT DAN HIBURAN

Pusat Hiburan Semakin Bertambah

l Dr. Halimah Ali (Pas), Exco Pendidikan Selangor pernah menggelarkan Selangor sewaktu pemerintahan Barisan Nasional sebagai Darul Maksiat dan Darul Mungkar kerana masalah sosial dengan merujuk pada data masalah sosial.

* Tetapi kini mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat 5,911 (2009) tempat judi, hiburan dan spa termasuk yang beroperasi secara haram sejak Kerajaan PKR Selangor memerintah. Tahun 2008 berjumlah 3,600 lebih.

* Sedangkan sewaktu BN - lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja

P/S : 'Kejayaan' ekkkkkkk.Kahkahkah!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jom tengok video maksiat berhampiran kawasan rumah Nik Aziz!


Adohai.Mana lah negeri Serambi Mekah yang dibangga-banggakan oleh N.Ajis neh.Gambar diatas ialah gambar manusia sedang galak berkaraoke sambil berjoget di sebuha kedai berhampiran kawasan rumah N.Ajis!

Dari blog Tukar Klate

Muzik kuat, pergaulan bebas, wanita dan lelaki tanpa segan-silu menari di khayalak ramai itulah yang berlaku di Pulai Melaka, di mana lokasi tersebut tidak sampai 1 kilometer dari rumah Nik Aziz dan juga Masjid Tok Guru.

Malah kami juga mempunyai bukti bahawa di Kelantan terdapat sebanyak 17 buah karaoke yang beroperasi sehingga jam 4.00 pagi malah ada yang beroperasi 24 jam.

Tujuan kami bukanlah untuk mengaibkan atau menutup periuk nasik pihak-pihak terbabit, namun apa yang kami ingin paparkan adalah kegagalan PAS di negeri yang diberi gelaran Serambi Mekah yang mana rakyatnya dikatakan telah diberikan ilmu Islam sejak PAS memegang tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 1990.

Paparan video ini hanya sebahagian daripada maksiat yang berlaku di khayalak ramai, di mana sehingga kini ia masih berlaku tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh penguatkuasa MPKB-BRI. Ini membuktikan bahawa slogan Membangun Bersama Islam yang dilaungkan oleh PAS adalah retorik politik semata-mata.

Untuk video sila klik

Brader : Mantap pendedahan neh.Ini membuktikan Nik Ajis tak buat keja!Fikir logik lah kan.Kalau maksiat kat sekitar kawasan rumah pun tak boleh nak handle,inikan pulak nak sembang buat negara Islam?Tahu tak ini lawak?

P/S : Mantap Team Cyber Klate!

Pengkarya kreatif mengamuk cacai PR ciplak karya mereka!

Gambar diatas ialah gambar yg diciplak oleh cybertrooper PR yang diambil daripada seorang pengkarya kreatif TANPA KREDIT.Inilah bila terdesak sampai hasil karya orang pun ciplak untuk kepentingan politik sampah PR

Dari facebook Kukubesi Manipulasi :

HELLO HELLO HELLOOOO KING JASON
aku rasa dulu aku dah cakap elok2 satu kali, now karya ni naik lagi siap ada signature nama dia tu kat bawah karya. hello hello siapa disana.. kaymon la bro, lu nak berpolitik lu nak sebar cerita politik yang lu nak perjuangkan itu hak lu bro... tapi jangan la curi karya orang pastu taruk signature lu bro.. agak2 la.. kalau lu cari salah orang pandai salah lu terang2 lu bikin bro lu tak nampak.. wa takde dapat langsung oficial email atau call atau sms dari lu atau mana2 pihak tuk minta kebenaran guna karya wa bagi tujuan benda macam ni.... tapi lu lu lu and geng2 lu selamber chipanzi bikin karya gua macam ni.. lu ingat karya gua bohsia ke bole angkut merata fb...please la bro.. make up ur mind sebelum nak orang lain make up mind mereka.. bukan lu je.. ni geng2 yang sebat karya gua ni semua !!!.. pikir pikiaq la....

Rujuk facebook Kukubesi Manipulasi :

https://m.facebook.com/kukubesimanipulasi?ref=stream&refid=46

'Karya' ciplak yang dimaksudkan :

1. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=526382920740070&set=a.257904734254558.63697.257361864308845&type=1&theater

2. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=526384234073272&set=a.257904734254558.63697.257361864308845&type=1&theater

Lagi komen pedas daripada Kukubesi Manipulasi - "aku rasa tajuk poster curi ni patut tulis " SIAPA CURI KARYA KUKUBESI ( biarkan kebenaran muncul dengan sendirinya ) "

Kah Kah Kah!

Dahlah fitnah,lepas tu claimed pulak hasil karya orang jadi karya sendiri.Siap signature tu yang brader tak tahan tu!

Hina beb!Kah Kah Kah!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

26 February 2013

Damn!Akhirnya kerajaan mengalah dan isytihar pendidikan percuma...

TEMERLOH: Seramai 16,051 pelajar yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar pinjaman pengajian mereka apabila lulus Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bagi tempoh 1 Oktober tahun lepas hingga 31 Januari lepas.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata pelajar terlibat dikecualikan membayar pinjaman mereka selepas PTPTN menukarkan status pinjaman itu kepada biasiswa.

"Sehingga 31 Januari tahun ini, kerajaan melalui PTPTN telah menukar pinjaman sebanyak RM450.47 juta kepada biasiswa bagi menghargai kesungguhan pelajar terbabit yang memperolehi ijazah kelas pertama.

"Bagaimanapun mereka yang berjaya dan mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama itu perlu tampil membuat permohonan untuk menukarkan status pinjaman kepada biasiswa di mana-mana cawangan PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) kepada 1,066 orang bujang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak, Kuala Krau, dekat sini, Isnin.

Beliau berkata pihak PTPTN tidak menetapkan tempoh untuk pelajar terbabit mengemukakan permohonan bagi menukarkan status pinjaman mereka itu kepada biasiswa.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata seramai 17,317 peminjam telah membuat bayaran balik sekali gus dengan kadar potongan diskaun sebanyak 20 peratus sejak 1 Okt tahun lepas sehingga 31 Januari tahun ini membabitkan diskaun berjumlah RM62.11 juta.

"Selain itu seramai 953 peminjam yang disenaraihitamkan turut menyelesaikan hutang mereka sekali gus membabitkan pembayaran berjumlah RM5.1 juta," katanya.

Ismail yang juga anggota Parlimen Kuala Krau berkata PTPTN memperuntukkan RM4.24 bilion untuk diagihkan kepada pelajar pada tahun ini.

"Daripada jumlah itu sebanyak RM2.9 billion diperuntukkan kepada 501,414 pelajar sedia ada, manakala selebihnya kepada 211,098 pelajar baharu," katanya.

Beliau berkata sehingga 31 Januari lepas, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 2.15 juta pelajar membabitkan peruntukan sebanyak RM48.27 bilion. – BERNAMA

P/S : Pendidikan itu percuma kepada mereka yang rajin belajar dapat 1st class degree.Yang malas,yang kaki demo,yang kaki ponteng kelas,yang kaki pecah pintu,yang suka baring-baring atas jalan pegi balik belajar dan dapatkan 1st klas degree oke?Toilet pun bayar 20 sen beb.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

24 February 2013

20,000 masyarakat India serang PM di Port Dickson!

Mantap beb sokongan kepada PM.Biasalah bila kita buat baik mesti orang akan sokong punya.

Kali ni PM rasmikan satu program dinamakan Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM).

Memang meriah beb sambutan orang Negeri Sembilan.Beberapa minggu lepas semasa program Jelajah Anak Malaysia di Telok Kemang,kehadiran lebih kurang macam ni lah.

Apa itu program Mengubah Destini Anak India Malaysia?Jom tengok!

Laporan Jelajah Destini :

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) adalah satu program Pra-Diploma yang memberi laluan khas kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kaum India, khusus untuk mereka yang tidak mencapai gred kemasukan biasa dan mereka yang dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin tegar.

Mereka akan mendapat peluang kedua untuk mengubah nasib, selaras dengan sistem pengajian tinggi yang memastikan setiap orang berpeluang menyertai pengajian yang lebih tinggi tanpa kekangan kewangan, status ekonomi, etnik kaum ataupun persaingan kesaksamaan.

Justeru itu, Politeknik dengan kerjasama Yayasan Mengubah Destini Anak Bangsa (YMDAB) menyasarkan pengambilan pelajar seramai 1600 orang pada tahun pertama untuk ditempatkan di 20 buah Politeknik seluruh negara.

P/S : Sokongan kaum India kepada Najib meningkat lagi beb.Apa PR nk buat ni?kehkehkeh!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hambek!Ahli PAS pun tak puas hati dgn Nik Aziz isu BR1M!!

Bila semua benda nak dipolitikkan,nak dibinatangkan maka ahli PAS sendiri pun dah naik meluat!

Dari portal MyMahasiswa :

Kuala Lumpur :Kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengumpamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat sebagai haiwan menimbulkan rasa marah penerima, termasuk ahli parti itu, yang amat tersinggung dengan kenyataan pemimpin yang diiktiraf mereka sebagai ulama.

Sambil menyifatkan ia tidak wajar, tindakan Menteri Besar Kelantan itu boleh memberi imej negatif terhadap Islam.

Di Batu Pahat, ahli PAS Cawangan Bagan Laut, Rengit, Azman Daud, 32, mengakui terkejut dengan tindakan terbaru pemimpin PAS yang menjadi idolanya itu.

Beliau yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Anak Muda RM250 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permata Jaya, Rengit, semalam, berkata bantuan itu sangat bermanfaat kepada golongan muda.

"Saya bukan saja terkejut malah tersinggung serta terkilan jika penerima bantuan kerajaan termasuk BR1M dianggap Tok Guru sebagai haiwan diberi makan," katanya.

Seterusnya : http://mymahasiswa.blogspot.com/2013/02/ahli-pas-terkilan-dengan-nik-aziz-isu.html

P/S : Backfire lah Nik Aziz ni.Pencen lah sayang.Dah tua sangat tu

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

23 February 2013

Realiti Nurul Izzah VS Raja Nong Chik @n_izzah @rajanongchik

Baru-baru ni Nurul Izzah hantar surat cabar Dato Raja Nong Chik berdebat. Walaupun dah banyak kali Dato Raja Nong Chik dah banyak kali cakap dia lebih suka membantu rakyat dari buang masa berdebat dengan Nurul Izzah, tapi Nurul Izzah tak reti-reti bahasa jugak. Dia masih lagi kemaruk nak berdebat dengan Raja Nong Chik.

Terkini, Nurul Izzah dah siap pasang banner di seluruh Lembah Pantai war-warkan kononnya debat dia dengan Dato Raja Nong Chik akan diadakan pada 24 Februari ni.

Hek eleh, gila bayang ke kau Nurul? Orang dah kata tak nak, kau pulak yang beria-ia sampai setkan tarikh sendiri.

Kau ni macam perempuan kena reject lah Nurul. Orang lelaki dah kata tak hingin, kau pulak yang gila bayang sampaikan setkan tarikh perkahwinan sendiri. Lepas tu kau pasang banner merata-rata ajak orang datang kenduri, siap hantar kad jemputan kahwin lagi! Bak kata pepatah, macam perigi cari timba. Lagi satu pepatah yang sesuai, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!Yang kau beria-ia sangat nak berdebat ni mengapa Nurul?

Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil berkata, "Walaupun cabaran ini telah ditolak sebelum ini, cabaran itu dikemukakan semula berikutan dakwaan Raja Nong Chik bahawa Nurul Izzah tidak menunaikan tanggungjawabnya di Lembah Pantai."

"Nurul Izzah kononnya tidak membawa apa-apa kebaikan dan pembangunan kepada Lembah Pantai. Dakwaan ini sangat serius kerana YB Nurul Izzah sebenarnya telah banyak berjasa kepada Lembah Pantai."

Bila perkara ni diajukan media kepada Dato Raja Nong Chik untuk ulasan, mudah sahaja jawapan Dato Raja Nong Chik.

"Kalau betul dia banyak berjasa untuk Lembah Pantai, senaraikan jasa-jasa yang pernah dia buat. Kita bandingkan dengan khidmat saya kepada penduduk Lembah Pantai. Tak perlu nak debat-debat. Biar penduduk Lembah Pantai sendiri bandingkan sumbangan saya dan Nurul Izzah dan buat pilihan sendiri di peti undi."

Betul juga cakap Dato Raja Nong Chik tu. Kalau setakat nak banding jasa, tak payah debat, senaraikan je semua jasa-jasa kau. Print risalah dan sebarkan kat semua orang. Lepas tu penduduk boleh bandingkan sendiri jasa kau dengan jasa Dato Raja Nong Chik.

Pasal apa kau tak nak buat macam tu Nurul? Haaaa, jawapannya mudah je, sebab dia memang tak pernah buat jasa di Lembah Pantai. Apa yang dia tahu buat ialah lempar fitnah, curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik dan cuba halang usaha baik yang di bawa oleh Dato Raja Nong Chik.

Tak percaya? Boleh baca sendiri macam mana Nurul Izzah cuba halang pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi dan juga macam mana Nurul cuba curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik di Pantai Permai. Ni baru sikit je aku senaraikan.

Aku pun hairan juga bila Nurul Izzah merengek kononnya tak dapat liputan media untuk menjawab dakwaan Dato Raja Nong Chik. Habis tu media pro-pembangkang kan banyak yang suka buat liputan pasal kau, tiap-tiap hari ada berita pasal Nurul Izzah dalam Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today dan macam-macam lagi! Tu belum ambil kira media parti pembangkang macam Harakah, Suara Keadilan, Selangor Times dan Roketkini. Blogger Pakatan pun ramai. Dalam akhbar Sinar Harian pun kau ada ruangan tetap. Tak cukup liputan lagi ke?

Jadi bila kau merengek kononnya tak dapat liputan media, nampak sangat kau ni kaki temberang.

Nasihat aku kat kau Nurul, dari buang masa merengek nak berdebat, baik kau gunakan masa yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat. Contohilah Dato Raja Nong Chik. Sampai PRU nanti rakyat sendiri akan nilai kau ni memang berjasa atau cuma pandai cakap tapi tak tahu buat kerja!

Seperti di Batu, ahli parlimen pemalas Batu si Tian Chua yang pemalas tak buat kerja tapi menyibuk nak berdebat dengan Ketua UMNO Bahagian Batu ! - Rezqeen Hill

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

22 February 2013

[VIDEO] : PAS Kelantan diambang kejatuhan #STK2013

Jom saksikan video Jelajah #TukarKelantan yang bermula hari ini di blog http://tenteramaya.blogspot.com/2013/02/video-kembara-tukarkelantan-stk2013-di.html

P/S : Menarik beb

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ada pemimpin BN yang perkecilkan blogger dan cybertrooper ? Apa kata @tunfaisal ? @NajibRazak @khairykj

Dari blog Tun Faisal -

Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara. Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali.

Koordinasi penting. Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya. Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi.

Boleh dikatakan koordinasi di kalangan blogger dan cybertroopers dalam komunikasi menyeluruh dan perang siber berlaku lebih awal dari arahan untuk pemimpin UMNO dan BN mengkoordinasikan mereka. Malah tidak salah untuk menyatakan, bloggers dan cybertroopers pro-BN `mengajar' pemimpin dan agensi kaedah untuk mengkoordinasikan gerakan siber, bukan sebaliknya. Saya boleh beri sekurang-kurangnya 10 contoh insiden tentang respon/komunikasi pemimpin, kementerian dan agensi tanpa koordinasi sebelum ini.

Gerakan siber di negeri-negeri pembangkang telah berlaku sebelum arahan koordinasi. Para bloggers dan cybertroopers menggunakan inisatif dan networking sendiri untuk menyerang pentadbiran PR, tanpa ada sebarang arahan koordinasi. Dalam proses ini, bukan sedikit blogger dan cybertroopers pro-BN mengambil risiko yang tidak berani diambil oleh mana-mana pemimpin BN sehingga ada di kalangan mereka disaman dan diugut oleh pihak yang tidak suka dengan pendedahan mereka.

Saya percaya blogger dan cybertroopers pro-BN menghargai koordinasi, tetapi koordinasi yang paling utama adalah di kalangan para pemimpin. Mereka juga menghargai teguran, tetapi janganlah bercakap seolah-olah mereka ini, terlalu bodoh dan naif, seolah-olah mereka tidak faham tentang propaganda dan persepsi. 

Sebelum mengeluarkan sebarang perkataan yang bukan-bukan yang tidak bersifat menghargai, mungkin lebih elok pemimpin-pemimpin BN berjumpa dulu dengan bloggers dan cybertroopers pro-BN dan mendengar terlebih dulu tentang gerak kerja mereka. Kita hargai pemimpin BN yang telah bertemu mereka. Bagi yang masih belum, mungkin lebih elok simpan judgement anda terlebih dulu dan segera lapangkan masa anda untuk bertemu mereka.

Eloklah kita buat kerja masing-masing. Jika anda ada perkara yang ingin anda kritik mengenai mereka, jangan sekali-kali lupa - mereka juga ada banyak perkara yang ingin mereka kritik tentang anda. 

Itu pandangan saya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Seperti yang saya sebut, komitmen UMB adalah untuk memberi tumpuan kepada musuh sebenar, iaitu pembangkang. Jangan sampai ada di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN hilang fokus.

P/S : Ada pemimpin BN yang merendahkan blogger dan cybertrooper ke?Jangan main-main haaaa...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

[Foto] Live update, rakyat Kelantan sekali lagi mengamuk dengan kerajaan PAS!! @NajibRazak @tunfaisal

Ah masak!Sekarang sedang berlangsung Jelajah Tukar Kelantan.Ini merupakan susulan daripada Himpunan Tukar Kelantan yang berlangsung pada 15 Februari yang lepas.

Brader tengok memang bersungguh-sungguh benar nak tukar kerajaan PAS.Mantap!

Nik Aziz goyang tak?Kah kah kah!Mestilah goyang beb.Ni dah siap buat jelajah lagilah goyang beb!

Sekarang mereka berada di Pasar Siti Khadijah untuk bagi penerangan kepada rakyat Kelantan yang lain.Apa pun penerangan yang diberi,makesure ianya MENJENTIK HATI SANUBARI rakyat Kelantan yang lain biar mereka tersedar dari lamunan bahawa PAS tak dapat memberi apa-apa untuk kebaikan rakyat Kelantan!

Jom layari blog www.tukar-kelate.blogspot.com untuk ikuti perkembangan gerak kerja geng #TUKAR ni

P/S : Nik Aziz please beli ubat pening sekarang

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Akibat berkhidmat untuk Lembah Pantai, @rajanongchik disabotaj?? @NajibRazak @tunfaisal

Peh!Apa masalah berkhidmat untuk rakyat ya?Yang berkhidmat disabotaj.Yang cuma pandai cakap tapi tak reti buat keja tak pulak disabotaj!

Ini ialah gambar signboard Raja Nong Chik di Kerinchi yang dirosakkan oleh puak-puak penyokong Pakatan Rakyat bangang lagi bebal.

Ok let me tell you lah,Raja Nong Chik berkhidmat tidak kira kau ni penyokong BN ke atau penyokong tegar tahap binatang kaki pendek Pakatan Rakyat.

Bagi brader mudah,tak kisah lah kau suka ke tak suka ke asal kau orang jangan buat keja bodoh macam ni boleh tak?Tak suka kau tak payah pangkah dia masa PRU nanti.Kalau suka,pangkah.

Ini adalah contoh politik samseng yang digunakan oleh penyokong Pakatan Haram.Bahkan ini bukan politik samseng lagi,ini politik BODOH.

Kah kah kah!

Sudah-sudah lah beb buat keja bodoh macam ni.Kau ingat benda macam ni akan buat Raja Nong Chik putus semangat?

Kah kah kah!

Kalau lu orang (Penyokong Pakatan Rakyat) ada mentaliti macam ni,baik lu orang mati jelah.Bangang sangat derr!

P/S : Nurul Izzah tak nak kuar billboard apa yang dia dah buat untuk penduduk Lembah Pantai ke?Kahkahkah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

20 February 2013

20 sebab yang TIDAK BERANI diceritakan PAS mengenai isu keluar BN



1) Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2) Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3) Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4) Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati

5) Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6) Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji NIK AZIZ NIK MAT, seperti yg berlaku pada ustaz nasha kini. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7) Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8) Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9) Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10) Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11) Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12) Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13) Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14) Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15) Dalam masa PM (Tun Hussein Onn) sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO dan menubuhkan ranting-ranting PAS di kawasan UMNO.

16) Untuk rekod, dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

17) Desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

18) Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan dari sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong PAS dikeluarkan, PPP berkecuali.

19) PAS juga berpecah pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim, menunjukkan isu ini adalah isu dari dalam PAS sendiri..

20) Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978

"Mana ada hak Melayu....."

"Tuan Tak Abis Abis Dengan Hak Melayu Kita Orang Islam lah Mana Ada Hak Melayu, Semua nya Hak Allah"

Di satu Kelas Seorang pensyarah sedang bersungguh sungguh memberi hujah berkenaan melayu dan hak hak melayu kepada sekumpulan pelajar universiti. Kata nya "kita sebagai Melayu hendak lah sentiasa mempertahan kan hak kita.di bumi malaysia ini sebagai tanah melayu, kita harus jaga dan pertahan kan kedaulatan nya sambil memperjuang kan hak kita" dan dia mahu menerus kan hujah nya, tiba tiba seorang murid mengangkat tangan dan mahu bercakap lalu di beri izin oleh sang pensyarah untuk bertanya.

Maka pelajar itu pun berkata "tuan pensyarah ini asik asik hak melayu melayu , asik asik hak melayu kita islam la , mana ada melayu melayu ni, semua hak allah mana ada hak Melayu. Bumi negara ini semua hak Allah tak ada hak melayu melayu semua hak allah "Lalu pelajar itu pun duduk.

Seluruh kelas terdiam sejenak ,mata memandang satu sama lain dan kemudian nya semua mata tertumpu kepada sang pensyarah , apa kah yang akan di jawap oleh si pensyarah ini kepada pelajar yang bertanya?. Pelajar yang pasti nya sudah di "brainwash" oleh para lebai nya kelihatan agak bangga dapat memerangkap sang pensyarah ."Melayu melayu ni semua permainan UMNO, padan muka tak dapat jawab" mungkin itu lah yang di kata nya dalam hati.

Beberapa ketika kemudian sang pensyarah bertanya
"kamu berasal dari mana?" ,
"saya dari Terengganu" jawap pelajar.
"siapa yang ada di trengganu sana?
Tanya nya lagi. 'ayah dan ibu saya lah siapa lagi".
Terus pensyarah tanya lagi "mereka tinggal di rumah siapa?" "rumah ayah saya lah" jawap pelajar dengan selamba.

Pensyarah kemudian berkata
"baik lah pelajar semua esok kita akan ke rumah nya di Trengganu dan kita ambil rumah ayah nya untuk kita jadi kan kelas kita" kata Pensyarah.

Pelajar itu bangun dan menjawap "mana boleh rumah itu ayah saya yang punya " pelanduk sudah masuk perangkap , Lantas sang pensyarah menjawap " eh tadi awak kata semua hak Allah macam mana boleh jadi hak ayah awak?' lalu terdiam lah pelajar itu.Pelajar yang lain semua ketawa.

Maka sang lecturer terus berhujah "walau pun semua benda hak dan milik Allah tetapi Allah telah mengamanah kan kepada kita untuk menjaga nya, misal nya tanah melayu ini kita lah pemegang amanah nya (sambil jeling kepada pelajar tadi ) dan rumah ayah nya itu , ayah nya lah yang menjaga nya walau pun semua milik Allah.Masing masing telah di beri amanah untuk menjaga bahagian nya". Dan kelas pun di terus kan.

(Dedicated to Datuk Malik Munip)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

18 February 2013

Rakyat Kelantan sedia guling Nik Aziz? #TukarKelantan


15 Februari yang lalu Kelantan telah digegarkan dengan satu perhimpunan yang melibatkan 10 000 rakyat Kelantan di Kota Bharu.Himpunan ini dinamakan Himpunan Tukar Kelantan 2013.Jom kita saksikan sama-sama kemeriahan lautan Gelombang Merah di KB neh!


Mampus lah PAS Kelantan.Brader syak ni baru permulaan.Akan ada siri-siri himpunan seperti ini.Jaga baik ok PAS? Selanjutnya

15 February 2013

Jom ke #Gig4Gaza hari ini!

JOM ramai-ramai ke GiG for GAZA, hari ini, Jumaat, 15 Februari, jam 3-630 ptg & 8-1130 mlm di Kelab Tasik Putrajaya. Sama-sama menyumbang untuk Tabung Gaza sambil berhibur.

Saksikan persembahan kumpulan Mirwana, Saff One, Frens, Six Thirty, Souls; K-Langit, Radhi OAG, Aries band, Zehra Zambri dan Altimet. Yatt Hamzah, Diana Amir juga akan turun untuk bersama peminat pada sebelah petang.

Program anjuran Majlis Belia Kawasan Putrajaya ini adalah sempena menyambut konvoi Jelajah Anak Malaysia kembali ke Putrajaya dan bagi membantu pasukan RELA dalam Kempen Tabung Selamatkan GAZA.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

14 February 2013

#GM13 bagi risalah fitnah sambil bagi sampul duit kpd penduduk Felda Chini #PolitikWang

Nampak tak?Kepala bapak korang lah.Lu orang sembang mau hapuskan korupsi lah,politik wang lah dalam siri2 ceramah korang.

Dah tu gambar kat atas ni ape kejadah?Sembang macam gampang.Kecik-kecik lagi dah main politik duit.

Lu ingat undi penduduk Felda Chini boleh korang beli dengan harga RM10?Kepala bapak korang sekali lagi lah.selanjutnya lihat Bukti GM13 rasuah penduduk kg dgn wang http://danialatifnasiren.blogspot.com/2013/02/bukti-gambar-gm13-rasuah-penduduk-felda.html?m=1

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 February 2013

Selamat pagi @shaharabdlh .amacam ada baik ka #JelajahAnakMalaysia

Hehe.Jelajah dah sampai Tanah Merah kan?Tp slack la beb,orang duk sibuk Gelombang Merah tapi hari ni peserta pakai baju oren.

Geng Mazlan Aliman ke?

Keh keh keh

Nantikan artikel seterusnya ....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

To @shaharabdlh dan Syukri cc @hafiz_ariffin #JelajahAnakMalaysia @JTransformasi

Erm

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jelajah Anak Malaysia bagus.Hehe.Nantikan artikel selanjutnya ya! Muah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 February 2013

Apa benda #JelajahAnakMalaysia ni?@JTransformasi

Jelajah Anak Malaysia baru bermula semalam.Brader tak mahu cakap banyak.Korang tgk la sendiri twitter jelajah @JTransformasi untuk melihat perjalanan secara langsung jelajah ini.

Brader masih memerhati..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

RANDOM