Thursday, 31 January 2013
Twitter tak boleh guna.Puak Pakatan Haram menyumpah?
Brader tak pasti lah samada brader sorang atau orang lain pun menghadapi masalah yang sama.Yang pastinya komfem cacai-cacai Pakatan Haram menyumpah sebab tak boleh nak fitnah kerajaan dengan sempurna.Biasalah,cacai.
Koh koh koh!
Mahfuz Omar pengundi hantu? #RCISabah
Jika semalam Boo Su-Lyn secara terangan menokok-tambah laporan mengenai keterangan DSP Badaruddin, perhatian saya hari ini tertumpu kepada tiga berita berkaitan RCI yang dilaporkan malaysiakini.
Gambar di atas antara berita berkaitan RCI yang dipilih untuk dilaporkan oleh malaysiakini, yang mana kesemua laporan tersebut memberi persepsi negatif terhadap kerajaan.
Selain memberikan tanggapan negatif masyarakat terhadap kerajaan, ia turut menggambarkan betapa mudahnya untuk seseorang warga asing itu memperolehi IC biru di Malaysia.
Soalan : Benarkah pendatang asing mampu memperolehi IC dengan mudah sebaik saja datang ke Malaysia sebagaimana mudahnya anak Mahfuz Omar membeli bekalan dadah di Pokok Sena?
Berdasarkan berita yang dilaporkan malaysiakini, ia nampak mudah. Tetapi apa kata kita teliti pula keterangan saksi lain yang mana keterangan mereka sama sekali tidak akan disiarkan oleh malaysiakini begitu juga malaysia insider.
Jika malaysiakini hanya memilih keterangan daripada Nasir Yusof saksi ke-44 (SP44) dan Sioh Jabidi saksi ke-40 (SP40) dalam berita mereka. Saya 'up' sikit, di mana saya akan berikan fakta keterangan daripada empat orang saksi iaitu saksi ke - 38, 41,42 dan saksi ke-46 - Seterusnya
Monday, 28 January 2013
"Keputusan pecat Nasha tidak beri kesan besar" - PAS
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Majlis Syura adalah mengikut prosedur dan semua pihak telah maklum mengenai perkara itu.
"Ini adalah prosedur biasa, semua orang maklum mengenainya dan tindakan yang dikenakan pun berikutan beberapa peraturan yang dilanggar oleh beliau (Nasharuddin)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Majlis Syura Pas hari ini mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi itu.
Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.
"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.
"Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu," katanya.
Nasharudin kini hanya sebagai ahli biasa Pas tanpa sebarang jawatan.
Sebelum ini beliau pernah digugurkan sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.
Mengulas lanjut keputusan Majlis Syura itu, Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan pengguguran itu diambil selepas mendapati Nasharudin gagal memberikan komitmen terhadap tugasnya sebagai anggota Majlis Syura.
Katanya, disebabkan kegagalan Nasharudin menjalankan tugas beliau maka Pas akan menggantikan tempat beliau kepada calon yang lebih komited dan layak.
"Siapa calon penggantinya itu biarlah Majlis Syura yang tentukan pada mesyuarat yang akan datang dan akan diumumkan sendiri oleh Mursyidul Am Pas... tunggulah," katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada kemungkinan Nasharudin tersenarai lagi untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada pilihan raya akan datang, Tuan Ibrahim juga enggan ulas lanjut.
"Maaf ya, saya tidak dapat komen sama ada beliau akan terus disenarai atau tidak.
"Keputusan mengenai calon, semuanya bergantung kepada Presiden Pas," jelas beliau lagi.
Sementara itu, Sinar Harian Online turut cuba mendapatkan respons Nasharudin berhubung perkara ini tetapi gagal.
P/S : Alahai bongkaknya.Tunggu jelah ye?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, 27 January 2013
KahKahKah @rafiziramli minta maaf selepas fitnah @zahid_hamidi
Aik?Bukan beria iya ke nak lawan kat mahkamah???Asal mintak maaf pulak?Takut ke???
Kah Kah Kah.Penjelasan seterusnya http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/01/terkini-rafizi-ramli-mengaku-fitnah.html?m=1
PAS buang Ustaz Nasha sebab sertai PM ke Gaza.Bangsat!
Brader pelik kenapa tiba tiba Ustaz Nasha digugurkan daripada Majlis Syura.
Penguguran ini dibuat selepas gambar Ustaz Nasharuddin bersama Perdana Menteri di Gaza tersebar.
Persoalannya kenapa Ustaz Hadi mintak RTM sejam untuk menjelaskan amanat beliau sedangkan dalam kes Ustaz Nasha,beliau tidak diberi peluang menjelaskan situasi yang berlaku walaupun seminit?Inikah adil mengikut PAS??
Seterusnya lihat sini http://www.1peluru.com/2013/01/ustaz-nasharudin-mat-isa-digugurkan.html?m=1
p/s : Gua makin geli dengan PAS
Saturday, 26 January 2013
BN ibarat dilempar batu dibalas buah? @IsmailSabri60
Benar.Bantuan itu tidak mengira fahaman politik.Asalkan rakyat dia rakyat Malaysia dan dia layak mendapatkan bantuan,BN akan beri
Brader tak kisahlah pasal prinsip PR 'Dia bagi kita ambik,undi tetap PR'.
Brader rasa kita tak payahlah nak kutuk-kutuk mamat ni.Amalkan politik nilai.Kepimpinan melalui teladan.Insyallah kita akan menunju masyarakat minda kelas pertama yang kita harapkan.
Buat BN : Walaupun anda dikutuk oleh penyokong PR yang taksub,takpelah.Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah".Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, 23 January 2013
#LISTEN : Kenapa @abby_abadi112 sanggup aibkan ibubapanya diatas pentas?
P/S : Tq MatDespatchOtai atas video
Blogger @matdespatchotai dedahkan Bawani disambut oleh takbir
Monday, 21 January 2013
#Listen : Blogger Double Y dedahkan penipuan PR berkenaan isu #RCISabah?
Isu 'Projek IC' mungkin asing bagi rakyat di semenanjung, namun kisah-kisah dan cerita tentang wujudnya aktiviti pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk mengundi UMNO/BN sepanjang pemerintahan Tun Mahathir Mohammed telah lama diperkatakan oleh rakyat Sabah.
Pelbagai kisah muncul, ada yang mengatakan seramai 40,000 warga asing diberikan kerakyatan, ada juga yang mengatakan jumlah tersebut mencecah berjuta warga asing di Sabah.
Disebabkan pelbagai andaian, persepsi dan cerita yang meniti di bibir rakyat Sabah ini sejak sekian lama. PM memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya di Raja (RCI
) yang diumumkan pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
Usaha murni dan ikhlas DS Najib Tun Razak membuktikan kerajaan begitu komited untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Sabah dan ia semakin serius apabila ada pihak yang menerbitkan buku menceritakan wujudkan aktiviti pemberian kerakyatan melibatkan kepimpinan tertinggi kerajaan pada masa itu.
Tetapi apabila meneliti kebanyakkan buku yang ditulis oleh penulis bernama Mutalib, ia berkisar cakap-cakap mulut beberapa bekas pegawai kerajaan tanpa disokong oleh bukti atau dokumen yang kukuh.
Pendengaran prosiding pertama RCI yang berakhir pada 18 Januari menyaksikan beberapa saksi dipanggil yang mana pelbagai pengakuan telah dicatitkan.
Walaupun baru sessi pertama prosiding, pembangkang terlebih dahulu dilihat menjadi hakim dalam prosiding tersebut dengan menjatuhkan pelbagai hukuman ke atas mantan PM Tun Mahathir Mohammed.
Terma-terma yang digunakan pula telah menimbulkan salah faham masyarakat serta menimbulkan persepsi buruk terhadap jabatan-jabatan kerajaan seperti JPN, SPR dan MKN.
Pusingan Pertama Prosiding - Lebih Banyak Persoalan Dari Jawapan
Sepanjang 5 hari pendengaran pertama prosiding RCI seramai 29 orang saksi telah dipanggil, pelbagai keterangan telah direkodkan, pun ia menimbulkan lebih banyak persoalan serta keraguan berbanding jawapan yang diinginkan oleh rakyat Malaysia terutama sekali anak Sabah.
Ia masih berkisar kepada cakap mulut tanpa bukti nyata, malah angka-angka yang dikemukakan oleh saksi menyaksikan banyak percanggahan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
Selain keterangan yang meragukan dan dilihat bias untuk mempersalahkan kerajaan, peranan media yang melaporkan isu RCI juga dilihat berat sebelah kerana tidak mengemukakan fakta yang tepat dari segi keterangan setiap saksi.
Sebaliknya media pembangkang dilihat lebih tertarik dengan keterangan daripada lima tahanan ISA berbanding keterangan bekas pegawai kerajaan serta kakitangan JPN walaupun mereka memberikan keterangan berdasarkan rekod semasa.
Antara yang dihebohkan media pembangkang adalah keterangan daripada Nasir Sungip iaitu adik kepada Shaari Sungip dengan empat lagi bekas tahanan ISA iaitu Ramli Bin Kamaruddin, Zulkifli Abdul Jalil, Asri Bin Sidup @ Jumaat, Yaakob Bin Damsah.
Dari segi keterangan lima individu ini, ia dilihat konsisten di mana setiap daripada mereka mendakwa menerima arahan daripada SPR untuk memberi kad pengenalan bagi membolehkan warga asing ini mengundi.
Kewujudan 'Projek IC' kononnya membolehkan warga asing mengundi ini dikatakan dijalankan sekitar tahun 1992-1995 dengan nama 'Ops Durian Buruk' itu melibatkan Pengarah SPR pada waktu itu yang menyerahkan 16,000 nama untuk dikategorikan sebagai 'pengundi Islam'.
Menurut Nasir Sungip 'Projek IC' ini dijalankan sekitar tahun 1992-1995 melibatkan 16,000 rakyat asing dari Filipina dan Indonesia, jika ia berlaku sekitar tahun 1992-1995 ia bakal menimbulkan banyak persoalan
#Listen @mymassa jawab 15 tuduhan Khalid Ibrahim terhadap Syabas berkenaan isu air Selangor
Tuduhan 1
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan media pada 9 Januari 2013 telah menuduh SYABAS tidak menyelenggarakan sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.
Dakwaan ini adalah tidak benar kerana kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala yang dilakukan sendiri oleh kakitangan SYABAS dalam kekerapan sekali setiap bulan.
Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, pihak SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada SPAN.
Tuduhan 2
Menteri Besar turut menyebut bahawa insiden 'pump tripped' bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ia merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran dan suhu.
Dakwaan Menteri Besar ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden 'pump tripped' juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD.
Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem ini yang telah beroperasi melepasi kapasiti (overload), maka VSD tidak boleh dihidupkan.
Seterusnya : http://mymassa.blogspot.com/2013/01/krisis-air-selangor-dalang-sebenar.html?m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, 13 January 2013
Pendemo ni bercinta dengan anak @NajibRazak ? #KL112
Isunya ialah mamat ni bawak sepanduk 'Turunkan harga hantaran kawin'.
Kah Kah Kah!
Misalnya lah kan,kalau mamat ni punya awek (kalau ada) mintak hantaran RM20,000 untuk perkahwinan,ko pegi lah setel dengan keluarga perempuan tu.Apa kena mengena dengan Najib pulak?Bukan Najib yang jadi mak bapak perempuan tu.Ke ko bercinta dengan anak Najib neh?Mustahil lah
Kah kah kah!
Ini masalahnya kalau orang pergi perhimpunan tapi tak paham isu.Macam ni la jadinya.Ini masalahnya kalau PR main angkut je siapa yang nak pegi (baca: dibayar).
Akhirnya PR akan terus melahirkan generasi pendemo yang bangang-bangang dan menjadi badut dimata rakyat.
Kah kah kah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, 12 January 2013
Kanak-kanak dilibatkan dalam #KL112 @NajibRazak @HishammuddinH2O @PDRMsia
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Serius PKR tidak mahu bertanggungjawab keatas peserta #KL112?
Walaupun tampil membawa nama baru namun matlamat mereka tetap sama iaitu menumbangkan kerajaan sedia adalah melalui demontrasi jalanan.
Tindakan mengheret rakyat ke jalan raya merupakan satu strategi pembangkang untuk menawan Putrajaya sebagaimana taklimat sulit sebelum ini :
Skrip dan kerangka mereka adalah "kerajaan korup, rakyat bangkit menolak rasuah, kerajaan zalim, UMNO/BN rompak kita, rakyat bersatu macam Arab Spring".
Sebelum rakaman di atas terdedah, strategi menghasut rakyat dengan skrip yang disusun rapi ini merupakan satu gerak kerja rahsia PKR yang mana hanya diketahui oleh pemimpin atasan mereka sahaja.
Namun setelah rakaman ini terdedah kepada umum, Hishammuddin Rais tampil memainkan peranan dengan mengaku bahawa mereka memang berniat menghasut rakyat, orang kampung untuk turun ke jalan raya menumbangkan kerajaan.
Seterusnya
Thursday, 10 January 2013
Sunday, 6 January 2013
Lawak of the year!Kenyataan terbaru @Chegubard di twitter.Wakakakaka!@NajibRazak @AnwarIbrahim @RafiziRamli
Wakakakaka!Weh cikgu bard,kalau nak tau kenapa MCA dan MIC xde orang Melayu dalam tu,sila cari.maksud :
1) MCA
2) MIC
Dah dapat maksud baru join politik.Ini serius lawak.Ni la akibatnya kalau banyak sangat main main kat jalan.Bodoh macam ni pun boleh jadi politician dalam PKR ke?
P/S : Gua nak meninggal dengan lawak ni dowh!Wakakakakakaka
PAS redha di K-Pop kan di depan mata
Pak lebai tak berganjak melihat gelek dan goyang maut tarian ala K-POP anjuran Pakatan Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya
Seterusnya http://mymassa.blogspot.com/2013/01/panas-tarian-k-pop-dalam-ceramah.html?m=1
Friday, 4 January 2013
Khalid Ismath rela semayang dalam tokong dpd semayang berimamkan orang UMNO!setan!
Setan punya budak!Macam ni kau nak memimpin negara?
Boleh pegi meninggal
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, 2 January 2013
Akibat tak tahan ditibai budak universiti, PENGARAH STRATEGIK PKR block mereka!Ini standard @rafiziramli ?KahKahKah @fuziah99
Lawak la hai.Brader dapat info yang Rafizi block budak-budak ni sebab tanya pasal isu air je pun.
Maybe dah tah tahan sangat sebab asik dipersoal,dia pun mengambil keputusan utk block semua yang ada
Kah Kah Kah
Lepas tu cakap twitter adalah tempat 'personal'.
Kah Kah Kah
Ni brader nak bagitau sikit lah kat abam Rafizi ni,lepas ni nak block brader,pegi mampus.Brader tak kisah.Ni pandangan brader.Tak suka?Pegi mampus.
1) Tweethandle @rafiziramli ialah tweethandle rasmi bagi dia SEBAGAI SEORANG AHLI POLITIK.Dia pun ada tulis jawatannya 'PKR Director of Strategy'-Boleh check
2) So fikir logik,bila dah menyatakan jawatan sebagai pengarah strategik sesebuah parti DI MALAYSIA di dalam ruangan media sosial,maka akaun twitter dia terbuka untuk RAKYAT MALAYSIA mengkiritik,memberi cadangan dan sebagainya.Jika Rafizi tulis dirinya sebagai Pengarah Strategik dalam RUMAH TANGGA,maka dirinya terbuka untuk dikritik oleh individu-individu di dalam ruang lingkup RUMAH TANGGA tersebut-Ini penting- kenapa?
3) Kerana segala tindak tanduk ahli politik akan mencorakkan negara pada masa akan datang-maka rakyat perlu tahu dan perlu mengkritik apa-apa tindakan yang dirasakan tidak sesuai ataupun perlu dipersoal.Maka dengan itu
4) Tindakan memblock rakyat ialah tindakan menyekat kebebasan memberi pendapat atau kritikan yang mungkin berguna kepada seseorang ahli politik
4) Sebagai ahli politik yang berwibawa,kita tak boleh hanya mendengar pandangan sebelah pihak sahaja.Jika itu berlaku maka anda bukanlah ahli politik yang rakyat Malaysia impikan kerana anda hanya suka kepada yang menyokong/memuji sahaja.Biasalah dalam politik,tidak semua orang suka kita dan terima idea kita.Asam garamlah tu
5) Dato Seri Najib Razak tidak pernah mem'block' mana-mana rakyat di dalam twitter walaupun sering difitnah dengan tohmahan yang pelbagai rasa daripada pembangkang.Bayangkan jika Najib Razak buat,maka riuhlah Malaysia.
5) Ruangan media sosial sebenarnya adalah sebagai 'praktikal' kepada kebebasan media yang bakal diterajui SEKIRANYA Pakatan Rakyat memerintah.Kenapa?
6) Jika PKR atau Pakatan Rakyat mahu memperjuangkan kebebasan media,kebebasan bersuara.Maka 'role model' nya mesti dimulakan oleh PKR/Pakatan Rakyat.Mulakan dengan sekecil-kecil perkara iaitu media sosial.JANGAN TUNGGU sehingga mendapat kuasa baru hendak praktik.Jika begitulah caranya,maka anda (Pakatan Rakyat) tidak ikhlas dalam perjuangan
7) Rafizi Ramli hanya boleh mempersoalkan tindakan mereka (budak2 universiti) yang di'block' sekiranya mereka menyerang akaun twitternya YANG DiISYTIHARKAN sebagai PERSONAL-contoh jika wujud akaun @rafiziramli_personal yang diwujudkan khas untuk ahli keluarga mahupun sahabat handai terdekat.
8) Ada juga salah seorang sahabat brader yang menyatakan dia di'block' oleh Ahli Parlimen Kuantan,@fuziah99 disebabkan-
9) Seperti mana kita tahu,YB Fuziah antara individu yang memainkan peranan penting dalam gerakan Anti Lynas.Maka sahabat brader ni pun 'mention' YB @fuziah99 dan mencadangkan 'Apa kata YB buat debat antara YB dan pihak pengurusan Lynas secara terbuka biar rakyat tengok'.
10) Sahabat brader ini memberitahu isu Lynas ialah isu berkaitan istilah istilah kimia yang sesetengah rakyat tidak faham mengenainya dan dimomokkan pula dengan persepsi bahawa Lynas itu mengandungi radiasi.Come on,jika benar isu Lynas ialah seperti yang ditohmah oleh pembangkang,mari anjur debat SATU lawan SATU.Mudah kan?
11) Selepas bertanya soalan itu kepada YB Fuziah,tidak lama selepas itu sahabat brader diblock.Come on lah,itu belum kritikan.Baru CADANGAN.sudah di'block'?
12) Selama ini bukankah Pakatan Rakyat yang beriya-iya mahu Najib Razak dan Anwar Ibrahim berdebat.Mahu rakyat tengoklah.Nilailah.Itulah.Inilah.Bila terkena batang hidung sendiri,langsung di'block'?
13) Kenapa brader bising pasal block memblock ni?Pandangan brader ini bukanlah disebabkan brader begitu suka melihat dua individu ini muncul dalam timeline brader kerana mereka cumalah seorang perempuan tua dan seorang lelaki buncit yang merasakan diri mereka begitu jaguh dalam arena politik.Lainlah kalau aweks2 cun block brader,barulah boleh meroyan.Ok.Tak lawak
14) Pandangan brader dibuat sebab cuma mahu rakyat melihat realiti dari sudut brader mengenai pimpinan-pimpinan PKR/Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuangkan kebebasan media,bersuara
15) Mungkin Rafizi mahupun Fuziah tidak dapat menerima kritikan kerana kritikan itu datang 'directly' dari individu berkenaan tanpa tapisan mana-mana pihak.Tapi itulah guna media sosial.Pantas dan terus
16) Jadi nasihat brader yang terakhir ialah Rafizi mahupun Fuziah perlu menyediakan 'powerbank' sekiranya mengimpikan ingin menjadi ahli politik yang lebih besar daripada sekarang-kerana for sure 24 jam akan ada tweet daripada rakyat tak kiralah cadangan ke,kritikan ke bangkangan ke-Itupun jika tidak diblock.Powerbank berguna sebagai bekalan tenaga elektrik tambahan.So kalau nak powerbank yang cantik macam 'Transfomers' boleh shopping online
P/S : Agak-agak kalau brader hantar adik brader yang darjah 6 si Rafizi dan Fuziah block tak?Kahkahkah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, 1 January 2013
Mogok lapar new style.kahkahkah!
Lol.
Brader rasa kena cadangkan kat seluruh dunia lah yang mogok lapar style baru ialah boleh makan asalkan TAK KANTOI.kalau kantoi?Failed.
Woi cacai-cacai PR,korang tak rasa korang bodoh ke?Kahkahkah!
P/S : Daripada korang mogok lapar brader rasa kalau puasa sunat pun ade pekdahnye.kahkahkah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Alahai geng bangsat @adamadli conteng tembok UPSI pulak! #kl112
Kejadian conteng tembok ni berlaku di UPSI baru semalam kalau tak silap dan dipercayai ade kaitan dengan perhimpunan bangsat Pakatan Pembangkang pada 12 hb 1 ni.Cerita selanjutnya sila rujuk http://dailyupsi.blogspot.com/2013/01/gangster-kl112-cemarkan-imej-upsi.html?m=1
P/S : Memang bangsat!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Artikel wajib baca minggu ini
- Kaki Ustaz Azizan terpaksa dipotong?
- Gempar!Pro M/GM 13 tolak pencalonan Nik Aziz sebagai calon PRU 13!Updated
- PENING OKE DENGAN GELAGAT 'PEJUANG_PEJUANG'
- Ciri-ciri adik beradik syaitan ada pada Sultan Johor - USTAZ Wan Ji At-ta'aduddi cc @NajibRazak @anwaribrahim @PDRMsia @KesultananJohor
- Pelik Tapi Benar : 8 barang pelik yang pernah tertinggal di bilik hotel
Artikel terbaru
-
▼
2013
(91)
-
▼
January
(22)
- Twitter tak boleh guna.Puak Pakatan Haram menyumpa...
- Mahfuz Omar pengundi hantu? #RCISabah
- "Keputusan pecat Nasha tidak beri kesan besar" - P...
- KahKahKah @rafiziramli minta maaf selepas fitnah @...
- PAS buang Ustaz Nasha sebab sertai PM ke Gaza.Bang...
- BN ibarat dilempar batu dibalas buah? @IsmailSabri...
- #LISTEN : Kenapa @abby_abadi112 sanggup aibkan ibu...
- Blogger @matdespatchotai dedahkan Bawani disambut ...
- #Listen : Blogger Double Y dedahkan penipuan PR be...
- #Listen @mymassa jawab 15 tuduhan Khalid Ibrahim t...
- Pendemo ni bercinta dengan anak @NajibRazak ? #KL...
- Koleksi gambar kanak kanak yang diheret ke #KL112 ...
- Kanak-kanak dilibatkan dalam #KL112 @NajibRazak @H...
- Test-test #KL112
- Serius PKR tidak mahu bertanggungjawab keatas pese...
- Isu kalimah Allah : Ustaz Kazim bantai lebai-lebai...
- Lawak of the year!Kenyataan terbaru @Chegubard di ...
- PAS redha di K-Pop kan di depan mata
- Khalid Ismath rela semayang dalam tokong dpd semay...
- Akibat tak tahan ditibai budak universiti, PENGARA...
- Mogok lapar new style.kahkahkah!
- Alahai geng bangsat @adamadli conteng tembok UPSI ...
-
▼
January
(22)













