Live TV Warta Rakyat

20 December 2011

Nasihat Brader Jai kepada Adam Adli

Nasihat daripada Brader Jai kepada Adam Adli

Salam..Malaysia dikejutkan dengan 'keberanian' seorang insan bernama Adam Adli menurunkan gambar DS Najib di PWTC

Ramai marah,Brader Jai tahu

Namun perkara ini Brader Jai kira sebagai simbolik kepada keinginan anak-anak muda ini untuk 'menurunkan' kerajaan  Barisan Nasional pada PRU akan datang

Namun harus kita ingat bahawa

Bukan semua mahasiswa dan anak muda mahu kerajaan Barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang

Dan masih ramai lagi melihat perkara ini sebagai satu tindakan biadap kepada seorang insan yang memerintah negara

Dan masih ramai tak tahu bahawa nk memerintah negara ini bukan perkara yang mudah.Semudah mulut berkata

Mulut memang mudah melafazkan kata-kata keadilan,keadilan dan keadilan

Namun

Adam Adli

Anda juga seorang ketua dalam satu gerakan

Anda tahu kepayahan menguruskan sesuatu organisasi

Begitu juga orang lain

Adakah anda pernah mengambil pendekatan untuk menyelami sendiri kehidupan DS Najib?

Jadilah mahasiswa yang adil

Jika anda mudah berdampingan dengan pemimpin pakatan rakyat

Cuba ambil masa sekali dalam sehari untuk mendekati DS Najib

Tak lama

Cuma sehari...

Utarakan persoalan-persoalan yang selama ini

Bermain difikiran anda

Kemudian buatlah keputusan

Sekurang-kurangnya saudara telah mendengar daripada kedua-dua pihak

Jangan rasa terlalu tinggi diri saudara

Jika meminta maaf dengan DS Najib ini sebagai satu langkah terbaik,buatlah

Brader Jai tahu ramai yang marah

Namun jika saudara meminta maaf,Brader Jai yakin ramai yang akan memaafkan

Melayu mudah memaafkan

Dan Melayu mudah lupa

Dan jika mereka memaafkan..

Janganlah ulang kembali perkara yang sama

Adab perlu dijaga

Ingatlah saudara prinsip rukun negara

Percaya kepada Tuhan

Kesetiaan kepada raja dan negara

Keluhuran perlembagaan

Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan kesusilaan


Saudara juga mewakili Legasi Mahasiswa Progresif

Salurkanlah keprogresifan anda

Sebaik-baiknya

Brader tahu

Ramai akan menempelak

Dengan kenyataan Brader,jika yang menyokong

Terima kasih

Anak muda perlu bangkit

Ya

Memang bangkit

Bangkit biarlah positif

Bangkit biarlah membantu

Bangkit biarlah tidak partisan

Supaya UMNO,PKR,DAP,PAS

Gentar akan kuasa mahasiswa

Sebagai suara mahasiswa

Bukan tunggangan mana-mana parti politik

Itupun kalau saudara setuju

Tak setuju tak mengapalah

Brader Jai dah menyampaikan apa yang Brader Jai rasa

Brader Jai pun anak muda

Brader Jai mahu anak-anak muda macam kita

Membantu membangunkan negara

Brader Jai prefer

Jadilah juara kepada masyarakat

Bukan sekadar politik

Berapa ramai masyarakat-masyarakat luar desa yang perlu kita lawati?

Berapa ramai masyarakat luar desa yang menunggu kita untuk mendekati mereka

Mungkin sahaja tindakan ini tidak begitu popular seperti tindakan saudara menurunkan gambar pemimpin

Dan mungkin sahaja mendekati masyarakat luar bandar tidak mampu membuatkan anda mempunyai 5000 fan page

Saya percaya anda tidak sepopular itu jika membuat perkara berkenaan

Namun biarlah anda pergi dikawasan-kawasan ulu Pahang,anda disayangi masyarakat di sana

Biarlah anda pergi di kawasan-kawasan di ulu Selangor,anda disayangi oleh masyarakat di sana

Dan dimana-manapun

Kerana anda bakal pendidik

Anda akan kembali kepada masyarakat

Berjasa kepada masyarakat

Begitulah saudara

Dan kepada bloggers-blogger Pro Kerajaan

Brader bukan sapa2

Namun jika anda semua terus menghentam dan mengaitkan nama organisasi seperti UPSI

Kerana ini mungkin sahaja satu perangkap oleh pihak pembangkang

Bagi memanipulasikan pemikiran mahasiswa

Positiflah.Bagi moral support kepada mahasiswa-mahasiswa UPSI yang lain

Yang tidak  tahu menahu pun

Namun terpalit sama

Dan kepada pihak yang membalas keburukan dengan keburukan

Itu adalah dendam

Gunakan akal sebaiknya

Kerana pembangkang sedia maklum akan memanipulasi perkara ini

Anda sepatutnya lebih arif akan permainan ini

Begitulah semua

Selamat malam...Salam





18 comments:

  1. kalau betul adil, jadilah manusia yang betul betul adil. aku sokong apa brader jai cakap. kesian mahasiswa lain. kau kena ingat, manusia nie, rambut sama hitam tapi hati lain lain.

    peace yaww ^_^V

    ReplyDelete
  2. automatik orang kate 2 pbuatan mahasiswa

    ReplyDelete
  3. Aku bukan mahasiswa dan aku bukan penyokong UMNO tapi secara ikhlasnya aku suka dengan cara penyampaian Brader Jai tu... berhikmah dan tiada kata kesat digunakan.

    Jika ditanya "apakah aku setuju dgn pendapat Brader Jai itu?" jawabannya ada yang aku setuju dan ada yang aku tak setuju namun aku rasa tak perlulah aku nyatakan apa yang aku setuju dan apa yang aku tak setuju itu.

    Bagiku...aku hormati sebarang pandangan yang berlainan pendapat denganku namun jangan kiranya kelainan pendapat itu dijadikan punca permusuhan.

    Dalam persidangan para ulama sewaktu membincangkan masalah ummah bagi meletakkan hukum dalam satu-satu perkara yang tiada hukum yang jelas samada dalam Al Quran mahupun Hadis sekalipun dibenarkan ada berlainan pendapat. Jika tiada kelainan pendapat maka tiadalah lahirnya mazhab-mazhab dalam Islam.

    Bukan itu saja, Para Sahabat pun sering berbeza pendapat, para ulama pun sering berbeza pendapat namun mereka tidak berpecah-belah.

    Jadi jelaslah Islam membenarkan kita berbeza pendapat namun Islam melarang kita memaksa orang lain bersetuju dengan pendapat kita.

    Berlakunya perpecahan dikalangan umat Islam ini bukanlah disebabkan perbezaan pendapat itu tapi ia adalah kerana kita jauh dari ajaran Islam itu sendiri.

    ReplyDelete
  4. sokong adam..yg nie nak ajar mcm mne???

    http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/405616_309265812441087_100000730121802_999247_1402166117_n.jpg..

    ReplyDelete
  5. Sorrylah Adam Adli, kau tak layak jadi pemimpin pada masa akan datang sebab kau tak ciri - ciri pemimpin

    ReplyDelete
  6. kata2 abg brader mmg ada benarnya..
    cara adam adli mungkin xramai yg setuju..
    tp lain org lain cara mereka sampaikan pesanan atau pendapat..
    tp itu tdk bmakna sy sokong cara adam adli..
    tp adam adli adalh org muda, darah masih panas..
    mungkin itu cara dia nk kasi org nmpk dia..
    dan kita dah nmpk kn skrg??
    dan x ada org berhak kata adam adli x layak jadik pemimpin masa akn dtg kerana kita belajar dari pengalaman..
    mungkin pengalaman ini akn mengajar ddia utk menjadi lebih "subtle" dlm menyampaikan pendapat dia di masa akan datang..

    ReplyDelete
  7. Anda juga seorang ketua dalam satu gerakan_Ndaya Rasid(bc semula)

    ReplyDelete
  8. salam

    jiwa muda, hati panas. saya dah lalui semua tu. tahun '98 saya pun sokong reformasi. lama-lama baru sedar itu sekadar ayat-ayat basi. bila dikenang balik, masa tu rasa betul segalanya, paling pandai, paling berjuang sayalah orangnya. adam adli, hati-hati. moga anda tidak menyesal. nak berpolitik jangan hingga menggadai bangsa tercinta.

    ReplyDelete
  9. memang tak semua MAHASISWA yang dan anak muda mahu kerajaan Barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang tapi BANYAK(majoriti)MAHASISWA yang dan anak muda mahu kerajaan Barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang....and sebelum menuntut saudara Adam Adli mintak maaf dengan pok jib atas perbuatan dia apa kata suruh pok jib and the gang mintak maaf dekat seluruh rakyat sebab suka sangat rompak duit rakyat...aku rasa perbuatan saudara Adam Adli tidak menjejaskan langsung duit poket pok jib but,kami(rakyat),memang byk dia wat salah......

    ReplyDelete
  10. husnaika...
    mcm2 boleh ditafsirkan hanya melihat sekeping gambar..
    persoalan..1. confirm y buat tu budak BN? nak bukti dengan baju? sapa2 pun boleh dapat / buat.

    ReplyDelete
  11. setuju sgt2 dgn kata - kata brader Jai..adam adli kena baca nie..

    ReplyDelete
  12. you should stop smoking weed... Weed is bad for you Brader Jai. It makes you write crap like this as articles claiming to be pearls of wisdom.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. sokong Shaari komen 100%...!!!

    ReplyDelete
  15. pendekatan yg halus .cukup halus msj ini kepada adam adli. tabik brader jai. kita sependapat !

    ReplyDelete
  16. betul2..sangat setuju dgn brader jai..
    (^_^)

    ReplyDelete
  17. brader jai?
    bg nasihat pun kena hentam...
    apa nak jadi...
    semoga abg jai tabah...

    ilmu menggunnung pun tak tentu berguna klu 5 perlembagaan malaysia 2 tak ikot...
    kebebasan perlu ada batas...
    semua panduan ada..
    tp semua pandai berkata2...

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM